Thursday, August 18, 2011

Jangan Sesekali Kamu...


- Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta

sedangkan diri kamu tidak mencintainya.

- Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseora

ng kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.

- Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.

- Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.

- Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.

- Jangan sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.

- Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.

- Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.

- Hati orang yang SOLEH itu MUDAH dan SENANG untuk menerima CAHAYA dari Ilahi, kerana mereka sentiasa TAKUT akan azab Allah dan CINTA kepada Allah..

Namun..

- Hati Orang yang BERDOSA itu SUSAH dan PAYAH untuk menerima CAHAYA dari Ilahi, kerana mereka sentiasa GEMBIRA dengan nikmat dunia dan LUPA pada-NYA..

Kate-kate di atas koi ciplak dari artikel ILUVISLAM.COM ...sangat tertarik kate2x di atas...korang renung2xkan dan selamat beramal la yer...cau cin cau

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger