Thursday, April 29, 2010

Aku sengal....

Sedihnyer pagi ni...sebab petang nih Nuur x balik umah mak ayah...Nuur akan terus ke Paroi...Amek Aein...Maknenyer Nuur terpakse meninggalkan mak ayah saye...camnerlah diowg nak idop tanpa Nuur(Poyo sungguh ayat nih)...sebenarnyae...camnerlah Nuur nak idop tanpa diowg...huhuhu...setelah sekian lame saye x berjauhan dengan diowg...seingat Nuur last Nuur tinggalkan diowg mase Nuur g kursus 4 ari kt sepang dulu...x lene tdo...x selere makan...dan mulelah sakit2...cam sakit cinte plak...padahal en abang ader depan mate...
erm...korang musti kate Nuur poyo...mmg Nuur poyo...macamlah slame ni x pnah dok jauh ngan mak ayah...tapi nih lain...sejak duk ngan mak ayah...mmg xleh nak pisah...rindu sangat...xleh nak ungkap ngan kate2...rindu nak tgk muke diowg...rindu nak dengar bebelan diowg...rindu nak kene cubit ngan diowg...rindu dan pelok cium diowg...

dah stat dah...Nuurnyer air mate berlinangan...hadoiii...napelah ngan Nuur ni...iskh3x...Sabar Nuur...malam nih jer...pagi2 esok Nuur baliklah...Napelah Nuur ni sengal sangat...hadoiii...Ader gak aku lempang Nuur nih...Oklah...cau cin cau...

Wajah kesayangan hamba...muah.muah.muah


Aku ke nih...

Petang2 yang suram ni...tetibe teringat kat awak...esok kalau berkesempatan saye singgah kt tempat awak ye...tapi saye x janji tau...saye macam rindu plak kt awak...lame dah x jumpe awak...Erm..lagu ni saye tujukan buat awak...Terime kasih awak...sayang kat awak...


Yang Terindah

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa
indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama
kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa
indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa
indah

Kalo awak bace post nih mesti awak pelik kan...sebab saye tetibe jiwang...kuang...kuang...kuang...Sabo jerlah banyak2 ngan saye ye awak...saye pun xtau nape saye jadi cmni arini...Hadoiii...pale otak senak dan sengal arini...

Cau cin cau...

Tuesday, April 27, 2010

40 dalil lelaki tidak layak di gelar “suami”

Artikel ni adalah sumbangan dari Puan Juliana Bin Juhari...Maka untuk tatapan dan panduan sume...Nuur paste kan sahaje di blog Nuur ni...Renung2kan dan selamat beramal...

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nakbentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nakbuat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan diatidak boleh bimbing saya soal agama.

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diriselepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wanghantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi belirokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.
3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugasdi Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh bajuperempuan. Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumahdengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepaspantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupaanaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua dibahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi,belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukarlampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun samajuga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suamimemang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana keranasuami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.
9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidakdituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana sayatidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Diapenganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan.Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan sekssesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluargaapabila asyik bercinta dengan "maknyah".

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluardalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan sayakerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaiksahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka sianak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya.Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasadia suruh saya masak macam biasa. Ana k2 keliru melihat gelagat bapamereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaauntuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 xseminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang saratmengandung.

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untukbelanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kainbaju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik,suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depananak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkankereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalausuami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya ygberselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad.Terpaksalah saya menyara anak2.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Sayaperhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor ygmengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti caribomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi'bersangkak' .

25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanjinak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas sayadigadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumahkami dibaling tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isterilain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah sukakahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidakmenganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampaisetahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti.Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.

28. Ana k ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarangdah ada tanda2 HIV.

29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi,saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibalingbarang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil.Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah sayasara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan.Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarangperniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu baliknegeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buangkerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah sayakerja kilang nak sara anak2.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kankehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkanhati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambahpendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anakorang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malamjadi "jaga"... siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab.Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa sayakering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat"gigitan cinta" perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerjabesar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Ana k ramai. Tetapiselepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang.Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya diamati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urusabang saya dan pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat,suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macamorang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya dirumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islamkerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali punberitahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan.Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki keranamereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil,dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masakpercuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sarakeluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dansilap haribulan berendam airmata...

40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah.Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suamiamat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan sekshanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelikbenar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.



p/s; kalo korang perasanlah...no 8 xder...Later Nuur tny kt puan Ju...Cau cin cau

Iklan owh Iklan

Erm...sebenonyer lame dh nk tulis pasal iklan nih...Sakit mate memandang, perit telinge mendengar, pedih hati merese...kelu lidah nak menjawab...eceh...
Sekarang ni iklan makin melampau tak kirelah yang kat tv atau pun yang kt internet...deodorant, tuala wanita, produk2 kesihatan, kecantikan, uabat kuat, ubat perangsang...semakin terbuke...memang bagus untuk owg rmai...tapi bagus ker untuk kanak2? Apatah lagi sifat kanak2 yang ingin tahu...sifat remaje pulak ingin mencube...

Ade juge iklan yang mungkin selame ini kite x berape perasan...tapi ble tengok remaje2 n kanak2 banyak mengikot pengaruh iklan...contohnyer lepas minum sebut...brrrrrrrrrrrrr...bukan ker sepatutnyer lepas minum sebut Alhamdulillah...

satu lagi iklan, ble kain tersangkut kt kayu atau cuace panas, penyelesaiannyer koyak jer kain tu atau potong jer seluar tu bagi pendek untuk menunjukkan betis dan peha yang mulus...hadoiii...xnakla sebut iklan per, tapi korang mesti perasan kan? Nasiblah bukan produk malaysia...

Pastu ader satu iklan ni...owg berpusu2 ke sesuatu tempat, ingat nak g masjid...rupenyer g shopping complex atau ke konsert...iskh3x

Tapi ader gakla produk nih...bleh pujilah...Iklan ubat gigi Safi...
Atok : Jom Cu kite pergi solat, tapi kene bersugi dulu dengan ubat gigi safi...
Sejuk jer ati ble dengan perkataan solat...Ader gakla iklan yang berteraskan islam...Alhamdulillah...

Mengkritik plak Nuur arini kan? Slalu terkene kat Nuur tengah2 mengajar, tetibe student yang mmeg bute IT nih panggil...Cikgu nape kuar gambo nih...Hadoiii...Kuar pop up produk2 perangsang seks...Kadang2 kt tepi2 website tu ader jer gambo2 yang kurang menyenangkan...Make...korang bleh pikir sendiri kalau budak2 yang baru nak membesar ni buat...

Aper2 pn...Ini adalah untuk tatapan kengkawan sume...renung2kan lah...

Cau cin cau....




Makan2 kt kedai Mok Teh...

Inilah aktiviti kitorang time rehat...Melepak di kedai Mok Teh...Kedai Mok Teh ni yang specialnyer kopok lekor dier...Rangup....sambal dier plak...perghhh...Memang sedaplah...Kalo dah makan Kopok lekor x lengkap kalo x pekene ABC, ABJ, Cendol, Air Buah atau Air Kahwin...Memang murah...Sumenyer RM1...Sedap...Puas ati...Mok Teh dan Pok Teh dan akak yang kije situ mmg sempoi...Amek sendiri kire sendiri...ekekeke...seperti yang dijanjikan untuk santapan korang terimelah...

Dan sebelum balik tadi...Pok teh melamar Nuur sebagai anak angkat dier...Kecik tapak tangan...Tapak perumahan Nuur tadahkan...Terharu sangat...Sapelah Nuur ni di kalangan penduduk2 kat sini...Terime kasih Pok Teh dan Famili...Huhuhu...terharu lagi...huwaaaaa...sangat2 terharu

Monday, April 26, 2010

Hadoiiiiiiiiiiiiiiii




Pagi2 nih check email dapatla satu email yang berbunyi bergini....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Assalamualaikum,

Siapalah Aku Ini
Untuk Memintal Buih Yang Memutih
Menjadi Permaidani
Sepertimana Yang Tertulis Dalam Novel Cinta

Juga Mustahil Bagiku
Mengapai Bintang Di Langit
Dijadikan Hamparan
Saat Untuk Memilikimu
Semua Itu Sungguh Aku Tak Termampu

Silap Aku Juga
Kerna Jatuh Cinta
Insan Sepertimu Umpama Bidadari
Seharusnya Aku Cerminkan Diriku
Sebelum Tirai Kamar
Aku Buka...Untuk Mengintaimu...

Saya harap kita lupakanlah perkara yang lepas..Sedangkan Nabi ampunkan Umat...inikan kita hanya manusia biasa..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


dan Nuur reply begini:

Wa'alaikomsalam,


Memang....
Siapalah Kamu Ini
Untuk Memintal Buih Yang Memutih
Menjadi Permaidani
Sepertimana Yang Tertulis Dalam Novel Cinta

Juga Mustahil Bagimu Mengapai Bintang Di Langit
Dijadikan Hamparan
Saat Untuk Memilikiku
Semua Itu Sungguh Kamu Tak Termampu

Silap Kamu Juga
Kerna Jatuh Cinta
Insan Sepertiku Umpama Bidadari
Seharusnya Kamu Cerminkan Dirimu
Sebelum Tirai Kamar
Kamu Buka...Untuk Mengintaiku...

Wakakaka...Saye mmg dah maapkan awak...Tapi kembalilah kepada isteri dan anak2 awak...Hadoiii...susoh benolahnyer nak bagi awak paham...




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Tolonglah paham...saye sudah pn bersuami (hah???) Nanti suami saye jeles susahlah pulak(hah???) Hadoiiii...

Canteq dan Comel

Dah kol 3 ptg...tapi xder sape pn yang datang...bosan sesangat...Bace paper...klik hiburan(sokmola Nuur ni...) Rozita Che Wan...Erm, canteqnyerlah pempuan ni...Berkali2 gandelah canteqnyer...lemah lembut...Ayu...Kulit putih...pendek kate mmg cantiklah...Suke sangat tengok dier nih...Pakai tudung ke x pakai tudung ker dier mmg canteq...


Pahtu ader plak gambo artis sowg nih...Comel...Comel sangat...nak banding ngan Nuur...xyah bandingla...Nuur nih comot...Comelnyer budak nih...Comel...Kecik...mate dier besar sangat...ekekeke...kiutnyerlah...wat muke hodoh pun kiut gak...Kalo Nuur wat muke hodoh kalah isteri Shrek...ekekeke
Oklah...bebudak dah dtg nih...cau cin cau

Kije arini....


Dalam sebulan, arini jer kami dapat bersame untuk kije luar...Lagipun arini mmg xder kelas...So arini kami todak berpakaian skema lagi...Nuur bli 6 bijik pasu dan sekilo baje bunge smlm...Kosnyer hanye RM28. Cetah plak bli tanah itam seguni...Harge blom dapat dipastikan...

Kije kami pun bermule dengan gumbirenyer di belakang PJK...Time2 nih xder lagi owg dtg nk gune pc...gaul2 tanah...uli2 tanah...carek2 tanah...Maka beralihlah kamu wahai pokok bunge dari pasu kecik ke pasu besar...Dengan ini hendaklah kamu hidup dengan subur agar kamu dapat menyerikan lagi PJK kami...Ingatlah kamu wahai pokok bunge sekalian...Janganlah kamu berlagak dengan pokok2 bunge yang lain hanye kerane pasumu lebih baru dan lebih canteq dari pasu2 lain...kerane sesungguhnye pasu yang aku belikan untuk kamu itu bukanlah menggunekan duitku...tapi duit PJK...ekekeke...mengarot sudah akunyer...

pastu gembor2 tanah plok...isi baje...dan siram...agar semue pokok2 bunge di PJK mendapat kasih sayang yang secukupnyer...erm...sejak ble plak la Nuur suke malayan pokok2 bunge nih...Mungkin faktor usie...Hadoiii...Layankan ajer...

Settle satu bab...cuci toilet(Mmg Nuur x suke kije nih)...Cuci tangan, cuci kaki (najis mutawalleleh tu)...sesuci2 nyer...ekekeke...6 soket plak rosak & 1 pc tu RAM dier rosak...Banyak btoi kerosakan bulan ni...Bleh dapat Anugerah Perosak Paling Popular nih...Ekekeke...Hello En Lan, Hello en Empire Scope, Hello kepade sesiape yang berkenaan...Silelah bantu saye settlekan kijer nih...


Xperlah wat jerlah kije len...cek akaun ker...cek pc rosak ker...cek email ker...Berfesbuk ker...berchatting ker...berblog ker...(kije ker nih???)...ekekeke...


Oklah cau cin cau....

Sunday, April 25, 2010

JPJ oh JPJ


Pagi2 lagi Nuur dah kene tahan ngan Adeq2 JPJ...Hangin sungguhla...Nuur cam bese mmg xpernah pakai seat belt kalo g kije(jangan contohi Nuur)...ekekeke...Sebelum tu Nuur mmg ader langgar 2 o 3 double line...Hadoiii...Ble nampak jer kon kaler oren tulis JPJ...terus tarik seat belt...erm...canteq...kete depan sume lepas...Harap Nuur lepas gakla...Berikut adalah dialog Nuur ngan Adeq JPJ...


Nuur: Assalamu'alaikom Enceq (Sambil senyum menggode)...ekekeke

JPJ : Wa'alaikomsalam...Cik x pasang P?

Nuur: Senyum tawar jer

JPJ : Ader lesen

Nuur : Aderlah, ingat saye ni budak kecik ker(dalam ati jerlah sambil menghulurkan lesen)

JPJ : Cik sile ke tepi ye

Nuur : Napenyer? (nak kene budak ni ngan aku)

JPJ : Cermin cik ni crack (sambil menyentuh cermin cik bibah)

Nuur : Suke ati jer sentuh cik bibah (dalam ati gakla)Saye dah anta bengkel, diowg kate double layer bleh tahan sampai 2 tahun, lagi pun mggu depan nak tukar cermin(bulan ni sangat sengkekla)

JPJ : Yerlah, tapi ni kan bahaye...makin panjang crack nih

Nuur : Memangla makin panjang, xkan makin pendek...Ader gak kene pelempang budak nih... (dalam ati lagi lah)...Yerlah mggu depan saye tukar...

Bla...bla...bla...bla...(Hampir 5 minit)...Akhir nyer Nuur dilepaskan...Fuhh...mesti Adeq JPJ ni maleh layan...Banyak mulut...ekekeke...


Ayah!!!!!!esok nak pinjam en Maq ayah...Huhuhu...Cik Bibah duk jerlah umah seminggu due yer...Cau Cin Cau...



Kije di kala bosan...


Ingatkan arini xder internet lagi...so, smlm dh plan canteq ngan Cetah nak wat kije luar jer...Berpakaian mengikot kesesuaian...ekekeke


Sampai awal arini kol 8.30pagi...mantopsss...Balik umah jap amek kipas(ekon rosak daa...), cangkol, cangkol longkang, pencantas bunge, gergaji, extention, kettle electric dan mangkok...abeh barang2 kt umah tu di angkot ke PJK...ekekeke.

Kije bermule jam 9.00pagi...cetah cakar sampah, Nuur korek longkang...dh stat tumbuh rumput...longkang belakang dah hampir tersumbat...korek punye korek sambil menyape owg yg lalu lalang (beramah mesre la tu kononnyer)...cetah yg sudah selesai kijenyer mencakar pn datang membantu...

Cetah memang sihat dan kuat...bleh Nuur relax2...ekekeke...dan akhirnyer kije ktrg pn selesai...sangatlah comot keadaan ktrg yang tidak membawe baju untuk disalin...nampaknyer sampai petanglah kami membusuk...Fenatlah sangatnyer kitorang arini di tambah lagi ngan gatal2...

Setelah rehat seketike...xtvt mencuci cuca di dalam PJK plak...Habok...Hadoiii...Bosan lagi dengan ketiadaan customer...kitorang pn keluar mencari barang2 keperluan PJK(rasenyer keperluan sendiri lagi banyak)...ekekeke...Balik PJK kemas2 dan baru perasan internet dah ader...Wahai Orang kampong...Internet dah ader...Make berpusu2 lah owg datang...Celik IT sungguh owg sini...

Lapar...jam telah menunjukkan Kol 1 tghr...makan time...Jom Cetah kite g kedai Mok Teh akak blanje makan kopok lekor ngan ABC (sebab Cetah nak Diet n hujung bulan tgh kering)...sedap3x...Padahal itulah santapan kitorang hari2...ekekeke. Lupe plok nak amek gambo ABC ngan kopok lekor tadi...Len kali jerlah yer...Okalah...setakat tu jerlah crite Nuur arini...cau cin cau...

Friday, April 23, 2010

Arini saye tertinggal henfon....


Nuur mintak maap sesangat terutamenyer pihak yg sokmo kol Nuur x kire time Nuur kije atau time Nuur cuti (Cam Ayat Perli jer...ekekeke) sebab arini Nuur lupe sesangat nak bawe en eric (henpon Nuur)...

Kepade pihak MSD, Empire Scope, Opisgate, DELL and member2 CBC terutamenyer sowi sesangat...Nuur rase pagi td en eric yg dh 3 ari x di cas betrinyer tu mungkin dah mati...Takpelah bagilah en eric bercuti sehari nih...ekekeke


Nuur pun dah announce kt YM, Gtalk, Facebook and Blog nih memberitahu bahawe en eric bercuti selame setengah ari...ekekeke


Sekian dulu...cau cin cau

Thursday, April 22, 2010

Kajian mengenai Bulan dan Sikap anda


Kajian Mengenai Bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

Sifat orang yang lahir pada bulan Januari biasanya:
1: Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
2: Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
3: Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
4: Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
5: Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
6: Pandai mengambil hati orang lain.
7: Pendiam kecuali telah dirangsang.
8: Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
9: Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
10: Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
11: Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
12: Cukup sayang pada kanak-kanak.
13: Suka duduk di rumah.
14: Setia pada segala-galanya.
15: Perlu belajar kemahiran bersosial.
16: Sifat cemburu yang sangat tinggi.

Nuur lahir pada bulan Mei.

Sifat orang yang lahir pada bulan Mei biasanya:
1: Keras hati & degil.
2: Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
3: Pemikiran yang tajam.
4: Mudah marah apabila tidak dikawal.
5: Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
6: Perasaan yang amat mendalam.
7: Cantik dari segi mental & fizikal.
8: Tidak perlu dimotivasikan.
9: Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
10: Mudah dipujuk.
11: Bersikap sistematik (otak kiri).
12: Suka berangan.
13: Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanp
14: Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
15: Daya khayalan yang tinggi.
16: Permikiran yang tajam.

Sifat orang yang lahir pada bulan Julai biasanya:
1: Sangat suka didamping.
2: Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
3: Agak pendiam kecuali dirangsang.
4: Ada harga dan maruah diri.
5: Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
6: Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
7: Sangat menjaga hati orang lain.
8: Sangat peramah.
9: Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
10: Berjiwa sentimenta.
11: Jarang berdendam.
12: Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
13: Tidak suka benda remeh-temeh.
14: Membimbing cara fizikal dan mental.
15: Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
16: Layanan yang serupa terhadap semua orang.

Sifat orang yang lahir pada bulan Ogos biasanya:
1: Suka berlawak.
2: Mudah tertawan padanya.
3: Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
4: Berani dan tidak tahu takut.
5: Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
6: Pandai memujuk orang lain.
7: Terlalu pemurah & bersikap ego.
8: Nilai harga diri yang sangat tinggi.
9: Dahagakan pujian.
10: Semangat juang yang luar biasa.
11: Cepat marah & mudah mengamuk.
12: Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
13: Sangat cemburu.
14: Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
15: Cepat berfikir.
16: Fikiran yang berdikari.

Sifat orang yang lahir pada bulan Disember biasanya:
1: Sangat setia dan pemurah.
2: Bersifat patriotik.
3: Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
4: Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
5: Bercita-cita tinggi.
6: Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
7: Seronok bila didampingi.
8: Suka bercampur dengan orang.
9: Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
10: Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
11: Tidak pandai berpura-pura.
12: Cepat marah.
13: Perangai yang mudah berubah-ubah.
14: Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
15: Benci pada kongkongan.
16: Suka berlawak.

untuk bulan2 lain bleh cube di laman web
http://www.facebook.com/apps/application.php?id=10150127548285652

Betul ke orang perempuan cepat risau???


Erm... Akhirnyer Nuur mengaku...


Semalam sampai jer umah mak kate ayah x sihat...lelah...Tapi motor ayah xder...Mak kate ayah pegi gak masjid walaupun ujan...Iskh3x...Naperlah x nek kete jer...Nuur pn cepat2 mandi...Pakai baju tdo jer...ajak adik laki Nuur teman g masjid amek ayah...Siap bawak baju sejuk ayah lagi...Nuur parking btoi2x depan pintu masjid...


Sume yang ader kt dalam masjid tu kuar...Ader yang panggil ayah sbb diowg knai sgt dh ngan Cik Bibah Nuur nih...Ayah tengah solat sunat...Adik pun terus ke belakang masjid amek motor ayah...Ayah kuar x pakai kasot pun terus g kt Nuur...Elok jer ayah jalan & cakap...cume batok sket2 jer...Naper?


Aduiiiih...Wat suspen jer...Ingatkan ayah lelah teruk sgt...rupenyer bese2 jer...Wat gempak jer Nuur g jempot ayah btoi2x depan masjid siap ngan baju sejuk lagi...Mestilah sume owg tertanye2...ekekeke


Tapi xperlah...mesti pokcik2 kt masjid tu jeles sbb Ayah ader anak cam Nuur nih..."sempat lg nk puji diri sendiri...ekekeke"...Nuur terus bawak ayah g klinik...iskh3x...xleh dibiarkan cm2 jer...Ader hikmahnyer Nuur berulang ari2 160km...sekurang2 nyer blehla Nuur jage kebajikan mak ayah Nuur sementare Nuur masih bujang...Rasenyer lame lagi membujang nih...ekekeke


Dan melalui pengalaman nih...memang Nuur mengaku yg perempuan nih mmg cpat risau...iskh3x...bahaye nih...bleh kene darah masin nih...ekekeke...cau cin cau

Sunday, April 18, 2010

Yakinlah Aku Menjemputmu...


ekekeke....


Ni tajuk lagu jer. "Yakinlah Aku Menjemputmu, Kangen Band".

Lagu ni bf Nuur bagi dulu kat Nuur. Kene yakin ker? Layan kan ajer...


teringat selalu wajah kekasihku

saat ku menuai lalu

coba engkau dengarkan

ku tuaikan nada lirik lagu sederhana

ku ceritakan kisah tentang kita


peluklah tubuhku

bila engkau rapuh

saat kau mulai terjatuh

aku datang menyelamatkanmu

ini surga kita

tiada yang menguasainya

tempat kita bersandar dan bertahta

reff:tenang sayang,

ku pasti akan datang

yakinlah aku menjemputmu

jangan menangis,

hapus air matamu

yakinlah ku tetap milikmu


tenang sayang,

ku tepati janjiku

karna kau wanita terhebat

peluk tubuhku,

matilah di pelukanku

biar seluruh jagad raya tahu

Pagi Tadi....


hujan renyai2x...berat ati nak g kije...Cik Bibah yg dh berhari2 kilat dimandikan dan dipolish sendiri oleh Nuur, arini mesti kelabu asap...huhuhu...


Tapi nak wat cmner...dah kije...redah jerlah


Tengah2x drive ni...mendongak sket tengok langit...Subhanallah...cantiknyer pelangi...Dah lame x tengok pelangi...Terime kasih Ya Allah kerane memperlihatkan aku pelangi yang indah menemani perjalananku ke tempat kije.


Sekian, cerite saye. ekekeke

Friday, April 16, 2010

Malam Semalam...


Sebaik sahaje Nuur samapai ke rumah (7.15 malam) Mak bagitau en ure dah dilepaskan. mak kate kesian tengok en ure sekor2 dalam kolam tu. Makan pun xnak. Mungkin en ure kesunyian. Akhirnyer Nuur terime pendapat mak tu...tapi agak terkilan sbb Nuur x sempat nak rakamkan kenangan ngan en ure...

Pas mandi Nuur terus makan malam (makan sowg2...ekekeke) sbb Nuur rase pnat & ngantok. Seperti yang dijanjikan minggu lepas Nuur buke dulu crite Adnan Sempit kt laptop Nuur untuk tontonan adik2 Nuur tu. Baru jer nak masok bilik beradu ayah panggil "Jom pegi Muazam jap." Ekekeke....Mate ni mmg dh ngantok sgt. Lame gak Nuur terdiam. Huhuhu...camner ni. Nuur pnat sgt. "Ayah, jomlah." Jawap Nuur. Eh, mulut Nuur ke yang bersuare tu. Terlajak perahu bleh diundur, terlajak kate....huhuhu. Layankan aje. Ya Allah, berikanlah kekuatan...110km pegi dan balik.

Bile di pk2 kan balik...apelah sgt pnat n ngantok Nuur tu jike dibandingkan ngantok n pnat mak ayah Nuur mase jage Nuur dari kecil smpla skrg...huhuhu...insap2x...

Tapi sonok plak sesekali kuar berdue jer ngan ayah. lame dh x kuar same. slalu ngan mak jer. Bli barang dapur ngan ayah mmg sonok...cpat jer ktrg bli barang. tgk harge, tgh expired date terus masok bakol...care ktrg same sgt...ekekeke.mase pilih buah epal, Nuur tertarik kuat plastik tu. pastu abis sume buah tu kuar... Nuur tgk ayah, ayah tgk Nuur. ktrg senyum n trus bla....ekekeke...

Sonok nyembang ngan ayah. macam2 crite kuar. Pasal kije Nuur, famili, isu semase, agama & macam2 lah...mase tu Nuur rase rindu plak zaman kanak2 Nuur ngan ayah dulu...Nuur smp umah dalam kol 10.29 malam. Pnat sgt. Pas letak sume barang kt dapur...cuci muke n terus tdo...(off day). ekekeke...tdo ngan nyenyak nyer...

Tu jerlah critenyer...selamat membace.

Sunday, April 11, 2010

Pilihlah lelaki yang....



1-KUAT AGAMANYA.

Biar sibuk macam mana sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-BAIK AKHLAKNYA.

Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-unsur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada keluarga begitu ketara.

3-TEGAS MEMPERTAHANKAN MARUAH.

Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam seperti ‘rumah urut’, disko, pub dan bar?
4-AMANAH

Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-TIDAK BOROS

Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan uwang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikonsi bersama mereka yang berhak.

6-TIDAK LIAR MATANYA

Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-TERBATAS PERGAULAN

Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas. Inilah yang sepatutnya iaitu dia tidak mudah mengambil kesempatan atas kelebihannya sebagai lelaki.
8-RAKAN PERGAULANNYA.

Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-BERTANGGUNGJAWAB

Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk ibu bapak dan keluarganya. Jika keluarganya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab terhadap keluarganya.

10-TENANG WAJAH

Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Dia tidak mudah melenting dan tidak panas bara.






p/s: nuur copy this artikel kt http://www.tentangcinta.com/

Saturday, April 10, 2010

Doa Seorang Kekasih

Oh Tuhan,

seandainya telah Kau catatkan

Dia milikku, tercipta untuk diriku

Satukanlah hatinya dengan hatiku

Titipkanlah kebahagiaan


Ya Allah,

ku mohon Apa yang telah Kau takdirkan

Ku harap dia adalah yang terbaik buatku

Kerana Engkau tahu segala isi hatiku

Pelihara daku dari kemurkaanMu


Ya Tuhanku,

Yang Maha Pemurah

Beri kekuatan jua harapan

Membina diri yang lesu tak bermaya

Semaikan setulus kasih di jiwa


Ku pasrah kepadaMu

Kurniakanlah aku Pasangan yang beriman

Bisa menemani aku

Supaya ku dan dia

Dapat melayar bahtera

Ke muara cinta yang Engkau redhai


Ya Tuhanku,

Yang Maha Pengasih

Engkau sahaja pemeliharaku

Dengarkan rintihan hambaMu ini

Jangan Engkau biarkan ku sendiri


Agarku bisa bahagia

Walau tanpa bersamanya

Gantikanlah yang hilang

Tumbuhkan yang telah patah

Ku inginkan bahagia

Di dunia dan akhirat

PadaMu Tuhan ku mohon segala

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Alhamdulillah....


Saat2 Nuur melalui bulan 3 yg sering terpukul dengan pekara2 yg menyedihkan. Nuur berharap bulan 4 ni Nuur dikhabarkan dengan beberape yang menggembirakan. Syukur, permulaan bulan ni Nuur gembire sangat. Nuur datang ke tempat kerja dengan hati yang gembire. Sentiase terhibur dengan telatah2 kanak2, remaje dan belie. Tak lupe juge warge emas yang berkobar2 menuntut ilmu. Alangkah bertuahnyer mereke dapat menuntut ilmu tanpa mengeluarkan belanja yang besar dan tenage yang banyak.


Nuur juga terhibur dengan kehadiran tetamu baru yang seringkali membuat Nuur tersenyum tatkala Nuur disapa. Terime kasih kerane menghiburkan hati Nuur. Nuur sayang "Kurus" dan "Kecik" seperti mane Nuur pernah sayang "Comot dan Comel".


Terime kasih juge Nuur ucapkan kepada semue yang telah menghiburkan hati Nuur dan sentiase bersame Nuur disaat2 Nuur menghadapi saat2 yang sukar. Terime kasih semue...

Sunday, April 4, 2010

Betol ker?

Betol ker kalo sesorg tu mule mengurangkan interaksi dengan kite maknenyer dier cube menjauhi kite secare perlahan2? Contohnyer dulu slalu kol, slalu sms, slalu chat ngan kite kini dh mule kurang. Dulu hari2, pastu 3 kali seminggu, seminggu skali, sebulan skali dan akhirnye xder lgsg.
Walaupun carenyer x terlalu kejam. Tapi agak sukar bagi pihak yg ditinggalkan menerime hakikat. Ibarat dibunuh secare perlahan2...Tapi mungkin inilah care terbaik untuk berpisah berbanding menyatekannyer dengan lisan dan terus terang.
Lama-kelamaan, insan yg ditinggalkan itu dapat menerima hakikat bahawa dier bukan lagi insan yang bergelar kekasih...sedih aku pedih, mengenangkan dirimu, namun apa dayaku semua terjadi keranamu....eceh.

Thursday, April 1, 2010

Student Saye....

Saper2 jer bleh jadi student saye...skarang ni student2 saye berumur antara 2tahun hingga 70 tahun...macam2 ada. Ada kanak2, pelajar taska, tadika, skolah rendah, skolah menengah, belia, dewase dan warge emas...

Memang agak susah mengendalikan diowg ni. Macam2 perangai, macam2 ragam....adoiiiiiiiiii...layan kan ajerlah. name pun kije kn...kadang2 kite psiko diowg n kadang2 kite sendiri terpsiko....oklah. nak sambong kelas nih...cau cin cau
Powered By Blogger