Tuesday, April 27, 2010

40 dalil lelaki tidak layak di gelar “suami”

Artikel ni adalah sumbangan dari Puan Juliana Bin Juhari...Maka untuk tatapan dan panduan sume...Nuur paste kan sahaje di blog Nuur ni...Renung2kan dan selamat beramal...

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nakbentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nakbuat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan diatidak boleh bimbing saya soal agama.

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diriselepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wanghantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi belirokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.
3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugasdi Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh bajuperempuan. Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumahdengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepaspantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupaanaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua dibahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi,belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukarlampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun samajuga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suamimemang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana keranasuami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.
9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidakdituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana sayatidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Diapenganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan.Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan sekssesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluargaapabila asyik bercinta dengan "maknyah".

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluardalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan sayakerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaiksahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka sianak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya.Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasadia suruh saya masak macam biasa. Ana k2 keliru melihat gelagat bapamereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaauntuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 xseminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang saratmengandung.

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untukbelanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kainbaju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik,suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depananak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkankereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalausuami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya ygberselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad.Terpaksalah saya menyara anak2.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Sayaperhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor ygmengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti caribomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi'bersangkak' .

25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanjinak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas sayadigadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumahkami dibaling tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isterilain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah sukakahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidakmenganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampaisetahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti.Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.

28. Ana k ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarangdah ada tanda2 HIV.

29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi,saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibalingbarang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil.Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah sayasara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan.Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarangperniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu baliknegeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buangkerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah sayakerja kilang nak sara anak2.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kankehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkanhati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambahpendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anakorang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malamjadi "jaga"... siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab.Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa sayakering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat"gigitan cinta" perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerjabesar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Ana k ramai. Tetapiselepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang.Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya diamati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urusabang saya dan pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat,suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macamorang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya dirumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islamkerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali punberitahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan.Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki keranamereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil,dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masakpercuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sarakeluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dansilap haribulan berendam airmata...

40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah.Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suamiamat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan sekshanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelikbenar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.



p/s; kalo korang perasanlah...no 8 xder...Later Nuur tny kt puan Ju...Cau cin cau

1 comment:

Powered By Blogger